Ada pertanyaan?

+60 11-2115 6326

10 Makanan Untuk Dielakkan

10 Makanan untuk dielakkan

oleh Prof Farah

10 makanan teratas dalam senarai saya, untuk mengelakkan, jika anda ingin menurunkan berat badan dengan lebih efisien dengan STEKO.

1. Mee kuning

Segala jenis masakan mee kuning, mee sup, mee mamak style, mee goreng kampung style, mee rojak, mee kari. Selagi mee kuning masuk dalam badan, dan ada lebihan-lebihannya yang belum terkeluar dari badan, ia akan mengganggu penurunan berat badan anda. Bermakna, jika anda target nak kurus dalam tempoh 2 bulan, anda kena mula berpantang dari makan mee kuning seawal 2 minggu dari tarikh mula. 

2. Minyak masak

Minyak masak seperti canola, jagung, sayur-sayuran. Minyak paling selamat untuk diguna buat tumisan or spray adalah minyak kelapa dan minyak kelapa sawit (kuantiti kena jaga juga). Minyak kelapa biasa, tak perlu minyak kelapa dara

3. Cucur

Segala jenis cucur kerana dibuat berasaskan tepung gandum, garam yang agak tinggi, dan digoreng dengan minyak tenggelam penuh.

4. Rojak

Segala jenis rojak, kerana tinggi garam dan gula. Jika yang letak cucur, bertambah tinggi karbohidratnya. Jika letak sosej, kentang menambah tinggi karbohidrat yang tidak sesuai untuk kita warga dewasa hingga warga emas.

5. Kuey teow

Segala jenis masakan, seperti mee kuning juga.

6. Roti canai

Roti telur / murtabak dan roti yang seangkatan dengannya. Tinggi gula, karbohidrat dan gluten.

7. Biskut kering

Tinggi garam, gluten, karbohidrat dan lemak sayuran yang akan menyukarkan lemak dari terurai dan dikeluarkan dari badan.

8. Pulut

Dan segala makanan yang berasaskannya, seperti lemang, ketupat palas, pulut mangga, pulut pagi, seri muka dan pulut kuning. Jika teringin, memadai dengan menyamah tidak lebih dari 1 sudu besar.

9. Sos

Segala jenis sos yang diproses di kilang, kerana tinggi garam dan gula. Jika diguna pada salutan STEAKisi daging yang bagus kerana tinggi protein akan menjadi tidak sesuai dimakan semasa tempoh menurunkan berat, kerana sos yang menjadi salutan daging apabila dibakar akan menghasilkan partikel ‘AGEs’ (Advanced Glycation End Products) yang berbahaya kepada tubuh badan terutamanya menjadi penghalang penguraian sel lemak.  

10. Donut & Muffin

Tepung padat, tinggi gluten, tinggi gula dan tinggi karbihidrat, maka sangat tinggi kalori juga, tanpa beri nutrient pada badan. Tapi, ada caranya untuk kita buat donut dan muffin yang lebih sihat dari menu yang diguna kebanyakkan bakeri.

Tags :
Faedah Kesihatan,Tips
Share This :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Order Steko

Jangan tunggu lagi, pesan Steko anda sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *